Tuesday 29 October 2013

Berfikir Sejenak...

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk hidup lagi dibumi yang bertuah ini.

Ok straight to the point hari ni nak tulis pasai Mood Kerja yang sejak kebelakangan ni xberapa nak elokkk sangat pasai apa? pasai........

I've been thinking sometime for how long nak kerja duk depan ni mengadap sorang demi seorang lalu sambil jawab pangilan telefon yang kadang kala si penelefon yang xdak adap bercakap telefon lalu membuatkan aku sakit hati sendiri. Korang akan faham bila korang juga kerja kena angkat pangilan telefon seperti aku.



Dari sudut positive pekerjaan ni, aku belajar cara dan adap bercakap ditelefon dengan orang ramai, bercakap dengan PA Datuk lain bunyinya bercakap dengan dealer barang2 lain pulak bunyinya bak kata setiap cara percakapan kita melambangkan diri kita sebernarnya.

Aku belajar banyak benda juga dengan company ni, dulu xpandai filing sekarang dah pandai, dulu xpandai key in database segala bagai sekarang banyak improvementnya, dulu xpandai procedure beli barang sekarang cerdik dah, senang cakap aku yang dulu bukanlah yang sekarang lar.... hee

Aku sangat2 menghargai peluang bekerja kat sini, pengalaman yang xmungkin aku dapat ditempat lain atau mungkin 1 hari aku akan terkenangkan keramahan kemesraan yang terjalin sepanjang perkenalan dengan kawan2 disini. :)

Apa yang membuatkan aku berfikir lagi, adakah position aku disini, di depan ini boleh naik pangkat? Boleh ka ? Klu naik pangkat sekali pun ketahap mana dimana nak letak aku apa position yang boleh aku dapat?
Kalau dulu duduk depan dingding klu naik pangkat duduk belakang dingding ka? hahaa
Itu yang membuatkan aku berfikir sekarang ni....

1 benda yang kita kena ingat kerja Reception ni bukan kerja mudah seperti yang anda bayangkan xdak recep xjalan jugak kerja2 orang atasan ni, banyak orang anggap aku duk depan ni bukan ada reja sangat pun ok fine korang nampak aku xdak reja sebab korang tengok aku duk saja kan. tak kan setiap kali aku ada keja aku kena tunjuk kat semua orang kot. Aku dipersalahkan diatas sebab kesalahan orang lain tau.

Jangan sesekali pandang rendah atau hina pekerjaan ni kerana sesungguhnya kerja aku ni banyak menyenangkan kerja orang lain. Ingat tu!

Sebab setiap dari kita inginkan perubahan inginkan pencapaian dalam hidup dan aku juga berusaha ke arah itu! seharusnya kita semua berusaha ke arah itu.Planning for better future sedang mencari peluang pekerjaan yang menjaminkan masa tua aku.














Friday 18 October 2013

The Ship, Best Steak in Town, Batu Feringghi.

The Ship, Best Steak in Town, Batu Feringghi.

Nama restaurant pun dah gempakk kan? Alhamdulillah bulan September 2013 nie saya dimurahkan rezeki dapat lar bawak mak saya yang teringin sangat nak makan kat sini. Mana taknya asal lalu ja Batu Feringghi mesti mak akan cakap "Mak tak penah makan sini teringin nak makan sini. maksud yang tersirat dya ( nur bawak mak mai makan sini!) hahaa.... ayat orang tua2 memang sangat macam tuhkan kita yang muda2 ni paham saja ja buat2 tak berapa dengar. hahaaa....

Harap2 dya happy lar dapat jugak makan kat tempat mahai2 macam ni ,nak rasa pun sekali sekala jakan.Rezeki kita sama2 kongsi ye x? Barular bertambah2 rezeki kita nanti. InsyaAllah.

The Ship Batu Feringghi, Penang


Banana Split my fav!

Mixed Grill

Grill Lamb chop

Sirloin Steak

Chicken Chop

Orange Juice


Macam biasa semua bz update status fb,twitter,IG, 4square and etc..

Port xcantik sebab belakang tu banyak cahaya so gambar pun jadi xclear!

The Menu

Last but not least The Bill ! (Pengsan*)

Thursday 17 October 2013

Makan di Puncak Mutiara, Kampung Pelet.

Macam penah dengarkan Puncak Mutiara,Kampung Pelet ni?
Ok cek first time mai makan sini, Selama nie duk dengar orang crita ja Alhamdulillah dapat jugak p. 

Suasana sangat best sebab tenang dan nyaman ja boleh dikatakan tak da ganguan bunyi-bunyi bising lar, 
first time sampai macam jakun cikit sebab nak masuk ke restaurant ni macam pedalaman ckit. Tapi tempat ni sangat luas dan besar siap boleh buat kenduri lagi.

Sebut pasal kenduri sebelum ni dah sampai tempat ni aleh2 tak boleh masuk sebabnya anak dato mana tah buat kenduri masa tuh.. Dah lar datang jauh2 naik mator kot last2 frust macam tu ja. Kali kedua p nasib naik keta sebab musim hujan masa tuh.

Thank you to dya dya dya yang bersusah payah bawak cek mai makan sini, setiap permintaan cek tak pernah dya dya dya tak tunaikan tau.Terharu pulak, ni buat sayang lebih ni. heee

Ok jom tengok beberapa gambaq yang cek dan tangkap.Nak lebih2 hampa p sana makan sendiri k. :)

yang ni something like chicken wings lar,xhingat nama pa tah.

chicken chop black paper sauce, rasa xgempak sangat biasa2 ja. 

lamb chop ni sangat banyak,temonyeh2 juga nak habiskan.

Banana split sangat sedap, tah memang cek suka ice cream ni. 

Menu fyi menu dah macam nak lunyai ja,
 tempat cantik dah menu pulak macam lagi 3x jumaat.
Baik buku text adik aku elok lagi. hahaa~

Tempat macam ni sangat selesa untuk family, gathering or lepak-lepak sambil rilex pun ok. Yang mana tak pernah p lagi p try to me ok lar makanan kat sini.


  

Saturday 21 September 2013

Oh, Abang Pendek...

Oh Abang Pendek dek dek...

Awat tiba-tiba nk tulis entry pasai abang pendek nie? (tersenyum sendiri) haha....

Tangan gedik-gedik nak type entry tentang "Abang Pendek" sebab malam kelmarin terbaca majalah tentang "pasangan kurang ketinggian" ni, so dengan serta mertanya terfikir best jugak update blog isu ni. hehee..

Nak kata memilih sangat tak jugak, nak kata tak memilih tipu lar kan, lumrah kita orang pompuan ni kalau mencari calon mestilah nak yang sempurna dan baik orangnya.

Sungguh pun begitu ada juga diantara kita tak kisah seandainya pasangan kita (lelaki) yang kurang ketinggiannya berbanding kita (perempuan), bagi aku lar kan faktor kurang ketinggian ni tidak menjadi penghalang kabahagian kepada hubungan tersebut, sebaliknya mengangap itu sebagai REZEKI :)

Nak memilih sangat tu taklah, sebab aku jenis yang sedar diri. Aku bukanlah cantik mana pun sampai nak kena memilih teman lelaki, apa yang penting dia baik hati dan boleh melindungi aku dah cukup. Walaupun diawal perhubungan kami sering menjadi bahan gelakan kawan-kawan, tapi aku tak kisah sangat pun.
Bercintanya aku, bukan mereka.

P/S: ketinggian bukanlah penghalang cinta sejati.. hehee....





Tuesday 28 May 2013

Tempahan Bunga Pahar (Merah)


Alhamdulillah.. Syukur Kehardat Ilahi

Sempat jugak buat bunga pahar tempahan dari rakan karib yang melangsungkan perkahwinannya baru-baru ini. Dalam sibuk-sibuk dengan kerja di pejabat di tambah lagi sibuk dengan nak final exam di tambah tambahkan lagi menyibukkan diri menyiapkan tempahan bunga. Akhirnya sempat siapkan jugak.

Terima kasih kerana sudi mempercayai kebolehan diri ini, dan berasa amat terharu lar jugakkan sebab dapat menyumbangkan sedikit kelainan di dalam majlis tersebut.

Tahniah buat pasangan pengantin, doa cik nur moga bahagia ke akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Tahniah Kak Amy ! We love <3 You !










Nin dya pengantin tu, senyum-senyum sipi.

Sunday 7 April 2013

Jom Baca Tips nie dari Bro Razzi Rahman

Hyi cek agak tertarik dengan article nie, Jom baca sat. Tapi Oppss jangan salah anggap pulak yer. 
Just nak share interesting post nie.

7 cara membuat kekasih MAHU KAHWIN!


Ramai among girls nowadays SUDAH memiliki kekasih, sudah berpunya la kan. Tetapi, Im sure too that, ramai yang facing this problem…dimana, ‘Kekasih tidak mahu kahwin lagi’ right? ;)
Sedangkan MASA tidak menyebelahi anda, ibubapa semakin menekan, kawan-kawan lain hampir semua sudah kahwin. TAPI kekasih anda masih lagi berbagai-bagai alasan…

“Sabarlah, kalau ada rezeki ada lah tu”
“I memang nak sangat kahwin dengan you tapi, belum masanya lagi”
“Kita masih muda lagi, nanti kita kahwin lah”

Well, time after time…reason dan reason lagi…by the moment you realised it. You dah out of the league. Umur dah terlebih dari umur ‘anak dara’, nak cari yang lain…mungkin duda tua atau suami orang yang berumur that interested dengan you. Kekasih sendiri semakin dingin, masih beralasan untuk tidak kahwin, tidak mahu komitmen!

One thing about girls : mereka selalu nak tunjukkan dia setia, dia adalah milik kekasihnya seorang…dan sanggup berkorban apa saja. Well, itu memang bagus, tapi situasi itu BEGITU JELAS, you adalah miliknya!!…so, buat apa nak kahwin lagi? Dia takkan rasa nak kahwin punya…because you ‘dah jadi miliknya’ hehe…
One thing about man : girls kena faham… Lelaki mahu merasa ‘THRILL bila bercinta’ …mereka mahu rasa ‘Satu perasaan yang menggetarkan jiwa atau menggeletar badan’  yang boleh membuatkan mereka rasa susah dapat, rasa geram, rasa tercabar, rasa ragu-ragu…baru thrill, baru excited, barulah rasa takut kehilangan, so barulah dia rasa mahu kahwin!… ;)
KALAU TIDAK…girl itu akan dianggap NOTHING, TAK MENARIK, MEMBOSANKAN, …bila kekasih rasa sebegini, do you think that he still wants to marries you ke? hehe, tak lah kut kan?
SO, apa tindakan anda? Apa yang anda mahu lakukan? Bagaimakah caranya untuk membuat kekasih MAHU KAHWIN?  ada 7 cara untuk all of you girls give it a shot :
Cara 1 : Berhenti dating! Asyik berkepit je hehe… Im sure you mesti hari-hari nak berjumpa boyfriend kan? Ok…kat sini paling penting, stop dating for a good reason, maybe sebab nak pergi grooming class? Atau kelas tae kwan do ke, atau sebab you enroll gym and nak look fit, or maybe go for a flying class ke…so you looked cool, and buat dia rasa gabra sikit! :)
Cara 2 : Decide untuk mencari pekerjaan jauh darinya, luar negeri, luar negara ke…just be away. WHY? Well, kalau boyfriend you tanya, just jawab yang you nak kenal negeri orang dan kenal orang-orang luar dan orang baru… hihihi
Cara 3 : Fokus lebih kepada hidup anda sendiri dan lupakan akan kehidupan kekasih anda. Concentrate apa yang anda ingin capai selama ini, letakkan beberapa gold atau impian yang sekian lama anda lupakan. I mean it ni…bukan main-main, bukan saja-saja nak test kekasih you okay. Do it, and meant it!
Cara 4 : Hentikan ucapan cinta – Im very sure too, you girls asyik duk cakap I love youuuuuu je kan. “Abang lah yang terbaik, abang lah yang tersayang, you lah nyawa I”….ADOI Beb, ngantuk la wei.
Cara 5 : Plan masa depan anda sendiri, TANPA dia. – Control masa depan anda sendiri, holiday anda, where to go, what to do. Rancangkan perbelanjaan anda sendiri untuk hari ini, minggu depan, tahun depan dan sampai bila-bila. Jangan biarkan dia membuat keputusan untuk anda beb, be strong, tegas dan berdiri atas kaki sendiri!
Cara 6 : Tunjukkan anda juga mempunyai kawan-kawan lelaki yang lain. Jangan tunjuk yang hidup anda, …anda hanya kenal seorang lelaki sahaja…dan lelaki itu adalah kekasih anda. Alamak beb :lol: lelaki akan pasti merasakan anda tersangat lemah, membosankan, dan too easy to handle kalau cam tu…
Cara 7 :  Akhir sekali, jujur dengan boyfriend you…cakap kat dia…you akan lakukan semua ini, kerana you lihat yang dia masih belum ready untuk berkahwin. You sayangkan dia tetapi…jika dia tidak serius, well time for both of you to move on.
Di sini, you boleh lihat keputusannya, atau jawapannya. It can be good or even worst. It can make him terus nak kahwin dengan you atau…you dapat lihat, yang sebenarnya dia tak mahu berkahwin. But at least, you tahu sekarang, you tahu where you guys at…daripada tertanya-tanya what will happen, right?
TAPI one thing for sure, kalau you lakukan semua cara-cara ini, atau something yang macam ni, Effect dia : Kekasih you akan mulai risau, gabra, runsing kat you di rampas orang lantas akan lebih menghormati anda, akan takut kehilangan anda dan merasakan anda bukan wanita yang boleh dipermainkan.
Perasaan ragu-ragu juga mulai muncul di dalam diri kekasih you, apabila you lebih focus dan concentrate on yourself, kekasih you pasti akan merasakan hilang perhatian dari you, and definately, MULAI RASA TERCABAR. That makes him felt thrilling beb…and hopefully and probably mahu cepat kahwin! Good Luck ;)
Sumber: Razzi Rahman

Friday 5 April 2013

Our favorite time at The Manhattan Fish Market Restaurant.

Pakat mai sini, nak share pasai baru2 nie kami p makan kat restaurant nie, sedap bak hang makan sampai besandaq kot. Aik awat duk mai cakap Penang peauu punya nie. haha.. Dah anak jati Penang kena ada lorat penang lar.

Nak2 plak makan dengan orang yang tersayang , xyah makan banyak sangat pun tengok muka dya ja cukup kenyang dah. haha penipu besaq! (propa ja lebih). Set yang kami amik nie patot2 untuk 3-4 orang makan tapi tau lar tamak bila nafsu gelojo menguasai diri sekali amik tuuudya set besaqq punya. mau tak mau makan lar sampai temonyeh2. 

Kot2 lar hampa2 yang tak penah try lagi makan kat restaurant nie pakai mai lar try na , dijamin bakk hang memang sedapp....













Crepe Flower Red + Peach Color # 3

Assalamualaikum semua!

Yeaaa dah hari jumaat dah esok lusa cuti, cuti2 buat apa lg kelebek bunga lar. 
Maklum lar oder makin bertambah, hewhew... Alhamdulilah rezeki untuk bulan nie.
Kali nie buat bunga hiasan hantaran for my besties yg berkawan sejak dari bangku sekolah lagi.1 thing that are same about us, we are sharing same DATE OF BIRTH ok. 21st of APRIL. so dya pun decide 
untuk engage on her birthday lar kan that is common right untuk kita sentiasa ingat hari yang bermakna itu di hari lahir kita. 

Waaa tak sangka kot dya dah nak bertunang, mana taknya sebelum nie dk merepek sama2 merapu pun sama2 tup tap dah nak bertunang. Ishh2 cepat pulak rasa masa ini mendewasakan kita.. sob sob.

Boleh dikatakan tahun 2013 nie memang banyak member2 seperjuangan yang bertunang kawinn yang dah ada anak pun tak kurang hebatnya, Whatt dah ada anak? Perhh dasyat tol kawan2 aku nie expresss so betul. haha.. apa2 pun tahniah moga bahgia hingga ke hujung nyawa lar yer. Happy untuk member2 semua.












love you dear Selamat bertunang. :)