Saturday 21 September 2013

Oh, Abang Pendek...

Oh Abang Pendek dek dek...

Awat tiba-tiba nk tulis entry pasai abang pendek nie? (tersenyum sendiri) haha....

Tangan gedik-gedik nak type entry tentang "Abang Pendek" sebab malam kelmarin terbaca majalah tentang "pasangan kurang ketinggian" ni, so dengan serta mertanya terfikir best jugak update blog isu ni. hehee..

Nak kata memilih sangat tak jugak, nak kata tak memilih tipu lar kan, lumrah kita orang pompuan ni kalau mencari calon mestilah nak yang sempurna dan baik orangnya.

Sungguh pun begitu ada juga diantara kita tak kisah seandainya pasangan kita (lelaki) yang kurang ketinggiannya berbanding kita (perempuan), bagi aku lar kan faktor kurang ketinggian ni tidak menjadi penghalang kabahagian kepada hubungan tersebut, sebaliknya mengangap itu sebagai REZEKI :)

Nak memilih sangat tu taklah, sebab aku jenis yang sedar diri. Aku bukanlah cantik mana pun sampai nak kena memilih teman lelaki, apa yang penting dia baik hati dan boleh melindungi aku dah cukup. Walaupun diawal perhubungan kami sering menjadi bahan gelakan kawan-kawan, tapi aku tak kisah sangat pun.
Bercintanya aku, bukan mereka.

P/S: ketinggian bukanlah penghalang cinta sejati.. hehee....